setiap kata yang ditulis
mempunyai makna yang tersirat
setiap lagu yang dinyanyikan
mempunyai kata yang jujur
lahir dari hati
setiap apa yang dipendam
mungkin bukan hari ini untuk kita bersama
bagai tasik yang tiada kemana pergi putaran airnya
bagai air sungai yang tetap bertemu dengan lautnya
mungkin sukar untuk aku katakan sejauh mana hubungan kita
cinta kita ibarat pokok yang memerlukan dahannya
ibarat tangga yang memerlukan kakinya
mungkin kau tidak sedar
cinta kita tak akan kekal selamanya
mengertilah sedangkan lampu yang malap akan terpadam
daun yang layu akan gugur
bukan mudah untuk membina klcc
setinggi langit mencecah awan
saling memerlukan antara satu sama lain
alunan muzik seperti getaran hidup yang sentiasa menemani kita
tiada alunan jika tiada pemainnya
jambatan yang menyinari malam tak akan bermakna
jika tiada lampu yang menghiasi
hati rindu tapi di pendam kerana tidak mahu
jika di luahkan akan terluka
seperti tanaman yang di mulai dengan baja
siraman yang penuh kasih sayang
maka hasilnya adalah bahagia
cintaku bukan setinggi menara
tapi sedalam lautan apabila kau selam hati ini
kau akan nampak keindahannya