HANYA DI HATIMU: MENCARI KASIH KU

Pages

Wednesday 27 June 2012

MENCARI KASIH KU

Mengisahkan seorang gadis remaja digelar Ayuni,anak tunggal dlm sebuah keluarga yang telah kehilangan orang yg tersayang iaitu bondanya...bondanya pergi meninggal dunia semasa umurnya 17 tahun..sewaktu beliau ingin menduduki peperiksaan SPM,dengan dugaan yg sgt besar itu beliau terpaksa membawa diri utk menyara kehidupannya...ayahnya pula membawa diri bersama ibu tirinya..hidup Ayuni bagai sebatang pokok yg dahagakan siraman air dari penjaganya..setelah menamatkan pelajarannya di SPM,Ayuni nekad utk sambung pengajian nya di IPT..tapi hasratnya terhenti di tengah jalan apabila ayahnya melarang beliau utk sambung belajar..malah ayahnya menyuruh beliau bekerja bagi menyara hidup keluarga tirinya...Ayuni mencari kerja biarpun berat hati nya namun itu sahaja tanggungjawab yg terpaksa beliau perlu jalankan...


Ayuni bekerja di sebuah kilang sebagai seorang kerani dengan kelulusan SPM yg beliau ada..setelah beberapa bulan Ayuni bekerja di kilang,beliau dapat tawaran menjadi seorang PRAMUGARI di salah satu syarikat penerbangan..di sebabkan itu adalah cita-cita beliau dari kecil,beliau telah meminta izin pada ayahnya utk menerima tawaran tersebut..pada mula ayahnya mengizinkan beliau pergi,namun setelah hasutan dari beberapa buah mulut orang,ayahnya melarang beliau pergi sedangkan pada keesokan harinya adalah tarikh lapor diri..dalam keadaan sedih Ayuni tidak dapat menerima keputusan ayahnya,beliau nekad untuk membawa hati yg lara ke negeri org..tanpa pengetahuan ayahnya...

Hidup Ayuni kini bagai ombak mencari tempat utk memecah pukulannya...dirinya sering merindui bondanya yg jauh di mata namun di hati tetap tertulis hanya nama bondanya,,,beliau sering diketepikan oleh ayahnya..jika dulu hanya di bahu bondanya sahaja beliau sering menagih kasih sayang,mengadu suka&duka,,apa sahaja perkara akan di kongsikan bersama bondanya..namun setelah pemergian bondanya,beliau tiada lagi tempat berkasih..hanya Allah tempat beliau meluahkan isi hatinya...sejadah yg selalu basah dgn airmatanya,tiada peneman malam dikala sunyi...yg menemani nya hanyalah tahajud&istikharoh...yg sentiasa menguatkan hidupnya menghadapi segala dugaan...

Dengan berkat doa Ayuni dalam setiap solatnya yg menginginkan seseorang menemani hidupnya..hadir seorang lelaki dalam hatinya...Azrul yg sedang bekerja di sektor awam kini telah mencuri hati Ayuni..mungkin disini tempat beliau menagih kasih sayang setelah bertahun menagih kasih...hubungan Ayuni dan Azrul sekadar kawan biasa pada mulanya namun setelah Azrul membuka mulut utk melamar nya sebagai suri hidupnya..kini Ayuni masih dalam tanda tanya..adakah beliau akan menerima Azrul atau meneruskan hidupnya sendirian...??? tahajud & istikharoh tetap menjadi penemannya...hanya disini yg akan memberi petunjuk baginya...

Bonda yg telah pergi tetap dirindui nya...jika ada masa kelapangan Ayuni akan menziarahi makam bondanya..hanya sujud terakhir beliau atas tikar sejadah menjadi tempat Ayuni menghilangkan kerinduannya pada bondanya tercinta...hidupnya kini bagai tiada erti tanpa bonda yg sering disisinya...setiap malam yg akan mengiringi tidurnya hanya airmata kerinduan..dan di bibirnya hanya bonda..jika dulu sebelum tidur Ayuni akan mengucup dahi bondanya..tapi kini...tiada lagi...pada satu malam Ayuni telah bermimpi bertemu bondanya memakai telekung...dalam keadaan hanya tersenyum dan memeluk Ayuni dgn erat..tersedar dari mimpi Ayuni terus mengalirkan airmata dan mampu tersenyum...terubat kerinduan walaupun hanya sekadar mimpi...dan di bibir nya menyebut " Ayuni rindu sgt dgn bonda"

Setelah dua tahun di negeri orang...Ayuni akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke negeri asalnya...beliau pulang dengan mengharapkan ayahnya telah berubah...namun semuanya hanya sangkaan..malah ayahnya menyuruh beliau membeli persediaan sekolah untuk adik2 tirinya..dengan terpaksa Ayuni menurut perintah..beliau mencari kerja yg jauh dari ayahnya...dan menyewa berdekatan dengan tempat kerja nya..inilah nasib Ayuni,ada ayah bagai tiada siapa didunia..menanggung diri sendiri...hanya kekuatan dan ketabahan dalam diri yg blh meneruskan kehidupannya,,,

Ayuni dan Azrul hanya berhubung melalui telefon...Azrul seorang yg peramah sering membuat Ayuni tersenyum lebar apabila berborak dalam telefon bersamanya..cinta mereka kini mula berputik,Ayuni membuka hatinya utk Azrul...secara tidak dirancang,Ayuni bertemu dgn Azrul...pertemuan yg akan merapatkan lagi hubungan mereka...

Setelah bertemu..Ayuni menerima Azrul dgn seadanya..dia merasakan kini hatinya sedang di miliki oleh seseorang yang akan menghiasi hidupnya dgn semekar mawar yg berduri...tapi kini selepas beberapa hari mereka bertemu..Azrul mula mendiamkan diri...tiada khabar berita langsung darinya..Ayuni hanya sekadar menunggu panggilan dari Azrul...sebab beliau tidak mahu mengganggu Azrul..tapi Ayuni tertanya2 dalam dirinya...adakah dia ada buat salah atau...Azrul dah berpaling hati..suatu hari Ayuni pernah menghubungi Azrul melalui mesej...Azrul hanya membalas ringkas bahawa beliau sangat sibuk dengan kerjanya..hati Ayuni kini beransur lega...tapi kemudian Azrul kembali menyepi...

Kasih yang baru hadir kini pergi,....dirinya baru mula mahu merasa kasih sayang yg hilang sejak dulu....tapi yang hadir cuma seketika...apakah kesudahan hidup Ayuni?adakah dia tidak mendapat kasih sayang sehingga akhir hayatnya?atau...terselit kebahagiaan yg dia sendiri tidak tahu?

~ikuti kesudahannya....

No comments:

Post a Comment